Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, February 7, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013

 Mengimbau kembali sejarah himpunan kebangkitan rakyat pada 12 January 2013, ia sangat mengujakan dan juga sangat menggemparkan bagi rakyat Malaysia. Himpunan manusia seolah-olah koloni semut yang mengelilingi sarangnya. Begitulah perumpamaan kepadatan bilangan rakyat yang berhimpun pada hari itu. Malah ramai yang datang dari jauh tidak dapat masuk pun ke dalam stadium, termasuk abang dan bapa mertuaku. Begitu dahsyat kebangkitan rakyat pada masa kini.


Apakah tandanya?
Ini menunjukkan rakyat semua sudah celik mata dan minda. Bukan lagi di takuk yang lama. Slogan & Bantuan bertema 1 Malaysia bukan lagi gula-gula manis yang boleh menggugat kebijaksanaan rakyat dalam menilai kepimpinan Malaysia.

Cuba kita lihat kembali paparan-paparan jelas bilangan rakyat pada hari itu;








Mengasyikkan & Menakjubkan...

Kepada penduduk Malaysia sekalian:

- Suara Kebangkitan itu hak rakyat
- Rakyat bisa melontarkan Suara Kebangkitan walau dengan apa cara sekalipun
- Tiba masanya Suara Sebenar Rakyat didengari, oleh kerana media utama tidak menyebarkan kebenaran, laman-laman sesawang kini menjadi pilihan rakyat. Awas dengan pilihan rakyat kerana ia lebih cepat tersebar & lebih tepat informasinya.



Feel free to surf.... Feel Hard to leave...

Wednesday, February 6, 2013

Maahadku sayang - Musibah Kebakaran

Tanggal 05 Februari 2013, berlaku satu kebakaran di tempat aku menadah ilmu suatu ketika dahulu. Sebuah asrama lelaki di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang telah hangus dijilat api..

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;
" Tidak  Allah membebankan seseorang melainkan dia mampu menghadapinya....."



Hebatnya dugaan yang Allah berikan buat pendokong - pendokong agama.

Bagi yang berkemampuan untuk mengurangkan bebanan para dai'e yang dilanda musibah, bolehlah hulurkan bantuan kewangan kepada:

1. Unit Pembangunan MDQ : Bank Muamalat (1301 00042 44716)
2. Dana MDQ : Bank Islam (1301 70100 80345)

Mudah-mudahan bantuan kita yang kecil mampu menjadi pemberat di atas mizan, neraca kita di akhirat kelak... 

Feel free to surf.... Feel Hard to leave...

Sunday, July 10, 2011

ASB Haram????

Bagaimana sikap kita pada hari ini?

i. Mendengar dan Bertindak setelah mendapat tahu sebuah kebenaran?


ii. Sekadar mendengar?


iii. Tidak bersetuju dengan hanya berbekalkan satu sumber maklumat sahaja?


iv. Mencegah diri dari yang syubhah?


v. Tidak mengendahkan hukum?

Tepuk dada tanya IMAN!!!



(Sila Klik pada Surat berkenaan untuk membaca info dari
Jabatan Mufti Selangor dengan lebih jelas)

Feel free to surf....Feel Hard to leave...

Kitar Semula Najis????




Makanan tiruan kini kerap menjadi isu, khabarnya dunia mengalami krisis makanan global. Dan ada pihak yang bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan mencari inisiatif untuk mencipta makanan tiruan seperti telur ayam tiruan, daging lembu tiruan dan yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia!

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.

Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.

63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.

Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. Dan video berikut adalah tentang kajian Profesor ini sendiri.



Feel free to surf....Feel Hard to leave...

Tuesday, September 28, 2010

Ramadhan Sudah Berlalu.. Syawal mula melambai...

Bulan Allah telah lama berlalu...
Rejab, pergimu tanpa sempat kuhitung amalanku....

Bulan Nabi juga telah berlalu...
Syaaban, kau tinggalkan aku tanpa kupalitkan sejarah bekalan ukhrowi padamu....

Bulan umat Muhammad, Ramadhan juga telah pun pergi kali ini..
Sempatkah lagi untukku berdepan dengan mu pada tahun hadapan?
Panjangkanlah umurku Ya Allah....



Setelah pergi, baru diri ini menyesali pemergiannya...
Di manakah kita saat Ramadhan merindui kita?
Adakah open house yang Allah sediakan tidak menarik minat kita?
Open house Allah lebih bernilai dari semua open house kala syawal..
Namun, pergikah kite memakmurkannya?

**********************************

Syawal, kau juga bakal berlalu pergi..
Tanda kemenangan umat sebulan berpuasa...
Di manakah kita saat Syawal mahu melabuhkan tirainya?
Menghitung amalan atau menghitung harta dunia yang sudah kekurangan?
Ya Allah, berilah kekuatan untuk hamba-hambaMU lebih mendekatkan diri kepadaMU...



Feel free to surf....Feel Hard to leave...