Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, September 28, 2010

Ramadhan Sudah Berlalu.. Syawal mula melambai...

Bulan Allah telah lama berlalu...
Rejab, pergimu tanpa sempat kuhitung amalanku....

Bulan Nabi juga telah berlalu...
Syaaban, kau tinggalkan aku tanpa kupalitkan sejarah bekalan ukhrowi padamu....

Bulan umat Muhammad, Ramadhan juga telah pun pergi kali ini..
Sempatkah lagi untukku berdepan dengan mu pada tahun hadapan?
Panjangkanlah umurku Ya Allah....



Setelah pergi, baru diri ini menyesali pemergiannya...
Di manakah kita saat Ramadhan merindui kita?
Adakah open house yang Allah sediakan tidak menarik minat kita?
Open house Allah lebih bernilai dari semua open house kala syawal..
Namun, pergikah kite memakmurkannya?

**********************************

Syawal, kau juga bakal berlalu pergi..
Tanda kemenangan umat sebulan berpuasa...
Di manakah kita saat Syawal mahu melabuhkan tirainya?
Menghitung amalan atau menghitung harta dunia yang sudah kekurangan?
Ya Allah, berilah kekuatan untuk hamba-hambaMU lebih mendekatkan diri kepadaMU...



Feel free to surf....Feel Hard to leave...

Tuesday, August 10, 2010

Jualan Murah....

Meh dekat..
Meh dekat...

Tarawih.. Tarawih...

Bukan setakat 2 malam 1 ringgit...
bahkan 2000 ringgit ke atas akan menjadi milik anda...
bergantung kepada si pembeli..
lagi ikhlas, takwa, dan khusyuk lagi tinggi...

Cepat, cepat..

selagi stok masih ade..

Mase niaga : selepas Isya'
Venue: masjid atau surau berdekatan
Tempoh promosi : sebulan sahaja (1-30 ramadhan)

Jangan lupe untuk ajak anak2, rkan2, kwn2, mak ayah, adik beradik dan seisi kampung untuk memeriahkan lagi...



Feel free to surf....Feel Hard to leave...

Wednesday, July 28, 2010

Sardin yang diharamkan di Malaysia

Inilah rupa sardin yang diharamkan untuk dikeluarkan dan diedarkan di Malaysia.

Sekiranya anda terjumpa sardin dengan label ini, sila berhati-hati dan jangan membayangkan apakah isinya.. (',')




Feel free to surf....Feel Hard to leave...

Tuesday, July 27, 2010

Ujian Hati Nurani?

Ujian...
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...
tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


Feel free to surf....Feel Hard to leave...

Saturday, April 17, 2010

Sabarkah Kita?

"LA TAGHDOB!!" "LA TAGHDOB!!" "LA TAGHDOB!!"

Jangan Marah!, Jangan Marah!, Jangan Marah!... Itulah pesan Rasulullah pada umatnya.. Namun, di mana tahap kesabaran kita di penghujung zaman ini?
  • Adakah kita masih Sabar dalam menghadapi kesesakan jalan yang teruk?
  • Adakah kita masih Sabar dalam menghadapi karenah anak-anak kecil?
  • Adakah kita masih Sabar dalam menghadapi masalah kewangan?
  • Adakah kita masih Sabar menghadapi kehilangan insan yang tersayang?
  • Adakah kita masih Sabar menjaga hati seorang ibu dan jiwa seorang ayah?
S.A.B.A.R


Senang disebut tetapi mendalam nilainya.. Seorang yang sabar adalah seorang pemenang untuk dirinya sendiri.. Menang melawan Syaitan yang mudah menghasut tatkala marah menyerang.. Menang menghadapi masalah emosi yang serius dan sukar dikekang.. dan juga boleh Menang menambat hati insan di sekeliling....

Bagaimana mahu sabar dalam menghadapi kesesakan jalan raya?
  • Pandulah dalam keadaan yang senyum.. Kenangkan memori indah bersama keluarga, sahabat handai dan lain-lain..
Bagaimana mahu sabar dalam menghadapi karenah anak-anak kecil?
  • Bersyukurlah di waktu itu, kerana anak anda masih aktif dan bernafas, jika dibandingkan dengan anak-anak yang diculik dan dibunuh dengan kejam.. Sayangilah anak anda dan layanlah dengan lembut...
Bagaimana kita sabar dalam menghadapi masalah kewangan?
  • Tenangkan hati dan percaya bahawa rezeki seseorang itu sudah dijanjikan Allah sejak azali.. Cuma tinggal usaha dan doa.. Ingatlah yang kita ini masih bernasib baik, masih boleh menikmati makanan dan bernafas..
Bagaimana kita sabar dalam menghadapi insan tersayang?
  • Allah itu Maha Mengetahui.. Mereka pergi terlebih dahulu untuk mengajar kita supaya lebih berdikari, lebih kental dan redha, juga lebih bersedia untuk menghadapi kematian diri sendiri...
Bagaimana kita sabar menjaga hati ibu dan ayah?
  • Kenanglah semua pengorbanan ibu sewaktu mengandung 9bulan, melahirkan, dan membesarkan kita.. sekalipun mereka penat, tetapi kita masih dipelihara dan dijaga sehingga besar.. Seandainya mereka betul2 membenci kita, sudah tentu kita sudah tidak bernafas di saat ini..
  • Kenangkan juga pengorbanan ayah, bekerja untuk memberi kita sesuap nasi.. Berfikir wajarlah sahabat, Ekonomi Zaman mereka jauh berbeza dengan zaman kita.. Sesuap nasi sangat berharga untuk membesarkan seorang anak..
  • Jadi berkorbanlah demi mereka... 10 anak boleh dijaga oleh seorang ibu dan seorang ayah.. Tapi 1orang anak tidak mungkin mampu untuk menjaga hari tua ibu dan ayah tersebut... Di pundak kitalah untuk menjaga hari tua mereka... Kitalah yang seharusnya memegang amanah tersebut...
SABAR lah dalam semua perkara.. Sekiranya kita SABAR terhadap orang, percayalah bahawa, orang juga akan bersikap sabar terhadap kita....

Sabar itu sebahagian daripada Iman....


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...