Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, April 17, 2010

Sabarkah Kita?

"LA TAGHDOB!!" "LA TAGHDOB!!" "LA TAGHDOB!!"

Jangan Marah!, Jangan Marah!, Jangan Marah!... Itulah pesan Rasulullah pada umatnya.. Namun, di mana tahap kesabaran kita di penghujung zaman ini?
  • Adakah kita masih Sabar dalam menghadapi kesesakan jalan yang teruk?
  • Adakah kita masih Sabar dalam menghadapi karenah anak-anak kecil?
  • Adakah kita masih Sabar dalam menghadapi masalah kewangan?
  • Adakah kita masih Sabar menghadapi kehilangan insan yang tersayang?
  • Adakah kita masih Sabar menjaga hati seorang ibu dan jiwa seorang ayah?
S.A.B.A.R


Senang disebut tetapi mendalam nilainya.. Seorang yang sabar adalah seorang pemenang untuk dirinya sendiri.. Menang melawan Syaitan yang mudah menghasut tatkala marah menyerang.. Menang menghadapi masalah emosi yang serius dan sukar dikekang.. dan juga boleh Menang menambat hati insan di sekeliling....

Bagaimana mahu sabar dalam menghadapi kesesakan jalan raya?
  • Pandulah dalam keadaan yang senyum.. Kenangkan memori indah bersama keluarga, sahabat handai dan lain-lain..
Bagaimana mahu sabar dalam menghadapi karenah anak-anak kecil?
  • Bersyukurlah di waktu itu, kerana anak anda masih aktif dan bernafas, jika dibandingkan dengan anak-anak yang diculik dan dibunuh dengan kejam.. Sayangilah anak anda dan layanlah dengan lembut...
Bagaimana kita sabar dalam menghadapi masalah kewangan?
  • Tenangkan hati dan percaya bahawa rezeki seseorang itu sudah dijanjikan Allah sejak azali.. Cuma tinggal usaha dan doa.. Ingatlah yang kita ini masih bernasib baik, masih boleh menikmati makanan dan bernafas..
Bagaimana kita sabar dalam menghadapi insan tersayang?
  • Allah itu Maha Mengetahui.. Mereka pergi terlebih dahulu untuk mengajar kita supaya lebih berdikari, lebih kental dan redha, juga lebih bersedia untuk menghadapi kematian diri sendiri...
Bagaimana kita sabar menjaga hati ibu dan ayah?
  • Kenanglah semua pengorbanan ibu sewaktu mengandung 9bulan, melahirkan, dan membesarkan kita.. sekalipun mereka penat, tetapi kita masih dipelihara dan dijaga sehingga besar.. Seandainya mereka betul2 membenci kita, sudah tentu kita sudah tidak bernafas di saat ini..
  • Kenangkan juga pengorbanan ayah, bekerja untuk memberi kita sesuap nasi.. Berfikir wajarlah sahabat, Ekonomi Zaman mereka jauh berbeza dengan zaman kita.. Sesuap nasi sangat berharga untuk membesarkan seorang anak..
  • Jadi berkorbanlah demi mereka... 10 anak boleh dijaga oleh seorang ibu dan seorang ayah.. Tapi 1orang anak tidak mungkin mampu untuk menjaga hari tua ibu dan ayah tersebut... Di pundak kitalah untuk menjaga hari tua mereka... Kitalah yang seharusnya memegang amanah tersebut...
SABAR lah dalam semua perkara.. Sekiranya kita SABAR terhadap orang, percayalah bahawa, orang juga akan bersikap sabar terhadap kita....

Sabar itu sebahagian daripada Iman....


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...