Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, September 25, 2008

Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Sumber : iluvIslam.com

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, September 24, 2008

Kad Rayer untuk sahabat2..

Kad rayer ni saya tujukan buat sume sahabat-sahabat yang mengunjungi blog saya ni...
Especially:
1. Islam terindah
2. Robby
3. Muhammad
4. Nadiah iqlima
5. Hidayah
6. Annur Syahmah..
=)



Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Pergi yang Tidak Kembali


“Hari ini sangat indah. Seindah senyuman Munawwarah yang menenangkan. Ahh, hatiku dipaut gelisah tatkala mengingati bait nama ini. Sungguh menyesakkan dadaku. Kenapa dia yang muncul di ingatan, tika aku mahukan ketenangan mengagungkan ciptaan Allah di waktu senja ini? Alangkah indahnya andai dia tidak pernah muncul dalam hidupku. Tetapi, wajah inilah yang saban hari ku curi-curi pandang, ku curi-curi dengar suaranya yang lunak merdu. Sayang sekali dia sudah berpunya… hancur hatiku bila mengingati yang dia sudahpun menjadi isteri orang. Kenapa aku terlewat menemuimu, Munawwarah?” Zulhilmi bermonolog sendirian di lereng bukit bersama motor kapcainya. Seringkali dia melewati Bukit Permai itu di kala senja untuk menikmati panorama indah matahari terbenam. Pemandangan yang sangat menenangkan hatinya.
**********************************
“Kak yong, ada orang nak jumpa!” laung Syifa’ di aras bawah asrama tiga tingkat itu. Suaranya yang agak lantang cukup jelas untuk memanggil sahabatnya itu, walau dari tingkat bawah.
“Sape ye? Kejap-kejap.. Kak yong nak turun dah ni..” balas Nur dari tingkat atas antara dengar dan tidak.
Nur bergegas memakai tudung labuh pemberian suaminya itu untuk berjumpa dengan tetamu yang tidak dijangka itu. Kebiasaannya, hanya suaminya yang datang mengunjunginya di asrama. Tetapi nada Syifa’ lain dari biasa. Kalau suaminya yang datang, tentu sahaja Syifa’ akan mengusiknya.
Setibanya Nur di aras bawah, dia terkejut kerana tetamunya itu bukan mahramnya, lantas Nur ke bilik Syifa’ yang berada di aras bawah itu untuk meminjam stokin. Dia juga meminta Syifa’ agar menemaninya berjumpa dengan tetamu tersebut.
“Siapa jejaka tampan berdua tu? Sepupu ke? Kenalkan la pada kak ude. Boleh jadi calon suami. Hehe..” Syifa’ yang menggelarkan dirinya kak ude itu bertanya sambil tersenyum penuh makna.
“Kak yong pun tak kenal la sape mereka tu, kak ude. Dari mana pula mereka ni datang? Apa urusan nak jumpa ngan kak yong hari ni?” Nur menjawab soalan Syifa’.
“Eh, hairan pulak. Kalau kak yong tak kenal, macamane diorang boleh kenal kak yong?”
“Entahlah kak ude. Jom kita pi siasat sape diorang nak?”
“Jom…”
Nur melangkah seiring dengan Syifa’ menuju ke arah tetamu yang sedang menunggu di halaman tetamu asrama. Dua pemuda tersebut kelihatan resah kerana lama menunggu.
“Assalamualaikum…” sapa Nur.
“Waalaikummussalam” jawab kedua-dua mereka.
Salah seorang dari mereka mula berbicara.
“Awak ke yang uruskan sidang redaksi Al-Itqan?”
“Ye saye. Kenapa ye?” Nur menjawab dan terus mengajukan persoalan.
“Saya hanya nak sampaikan pesanan Cikgu Hasnan. Dia minta saya menjadi ketua editor menggantikan tempat awak. Katanya, itu permintaan awak. Jadi, saya datang ni nak minta semua bahan yang dah dibuat setakat ni.” Ujar pemuda tersebut.
‘Gantikan tempat aku? Sejak bila pula aku minta ditukarkan? Bukankah jawatan inipun dia yang bagi pada aku dulu?’ Nur berbicara di dalam hatinya.
“Em, baiklah. Bagi saya masa untuk kemaskinikan fail dulu ye. Kalau boleh, petang nanti saya letak kat pejabat sidang redaksi Al-Itqan ye?” respon Nur.
“Kalau begitu tak apalah. Saya nak maklumkan je. Lepas ni, sila bagi tunjuk ajar pada saya ye,” pintanya penuh hormat.
Syifa’ terkedu mendengar. Selama ini, tidak pernah pun timbul isu Nur mahu meletak jawatan. Malahan, dia amat seronok melakukan tugasan dalam bidang penulisan.
“Apa sebenarnya ni kak yong? Kenapa kak yong nak letak jawatan? Ada masalah ke? Tak bagitau kak ude pun?” soal Syifa’ sebaik sahaja mereka berlalu.
“Ehmm, masalahnya memang ada. Sejak bila pula kak yong minta untuk melepaskan jawatan tersebut? Tak pernah pun kak yong terlintas di fikiran nak meletak jawatan. Tapi, mesti ada hikmahnya. Tak apalah. Kurang amanah, bermaksud kurang soal jawab kita di akhirat” jawab Nur tenang.
Namun, jauh di sudut hatinya tertanya-tanya, kenapa Cikgu Hasnan membuat keputusan yang drastik dan mengejutkan sebegini. Selama ini, dia sangat baik pada Nur, malah sangat senang bila Nur selalu berurusan dengan beliau. Sehari tak jumpa, pasti disuruh Nur ke biliknya untuk membincangkan soal majalah yang bakal diterbitkan dua bulan lagi.
Keesokan harinya, Nur ditemani Syifa’ menuju ke bilik Cikgu Hasnan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Setibanya di hadapan pintu, Nur berdoa agar dikuatkan hatinya menerima apa jua yang bakal berlaku.
“Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam. Masuk!”
Nur dan Syifa’ terus masuk sebaik sahaja mendengar arahan. Dilihatnya Cikgu Hasnan tidak berpaling kepada mereka. Lain benar sikap Cikgu Hasnan daripada biasa. Selama ini, Cikgu Hasnan amat periang orangnya, dan tentunya akan terus tersenyum melihat tetamu, lebih-lebih lagi pada Nur.

Bersambung.....



Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Thursday, September 11, 2008

Status Hadis ini Diragui

Jangan Mudah Copy and Paste...Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada) ;
Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..
—————————————————————————————–
Saya kerap menerima email dan pesanan ringkas ucapan seperti di atas. Ini komen daripada pihak yang berkaitan berhubung tentang hadis tersebut.
Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:
i)Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar.
ii)Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
iii)Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.
Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.
Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.
(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)
Wassalam.
Lebih lanjut hubungi:
Nurmaezah Omar
Jabatan Pematuhan Syariah
03-7801 1427

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, September 10, 2008

Hakikat Iman

Bagaimana iman kita pada hari ini?
Apakah khabar iman kita pada hari ini?
Berkurang ke bertambah?
Semakin baik atau sebaliknya?
Bagaimana dengan lidah dan tutur kata kita?
Ingat!! Kita adalah orang yang pertama akan dipertanggungjawabkan dengan kata2 kita..
"4 hakikat iman"
1. Ingat kebaikan orang pada kita
2. Ingat kesalahan kita pada orang
3. Lupakan kebaikan kita pada orang
4. Lupakan keburukan orang pada kita
Wahai sahabat2 ku, kita tak mahu gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga, semata2 mahu menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya, kita tak mahu gadaikan tarian dan nyanyian yang akan kita persembahkan di taman abadi, dengan tarian dan nyanyian di taman palsu dunia, Berjanjilah Pada ALLAH.. Biar seindah mana pun dunia ini, kita akan memilih keindahan yang kekal di akhirat sana.. Ya Rabbul Izzati, rezekikan kami hati yang teguh.. sedamai janjiMU yang pasti...

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Tuesday, September 9, 2008

Yakjuj Dan Makjuj Muncul?

Yakjuj & Makjuj (berita gempar dari NASA!!!)
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggal di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi". Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole" "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia". "Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
Sejauh mana kebenarannya Wallahua'lam...
DARI SURAH AL KAHFI: Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. "Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87) "Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90). "Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'. Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'. "Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'. "Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98). Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.
ADAKAH INI BERMAKNA KITA SUDAH TERLALU HAMPIR DENGAN HARI PENGADILAN?? SAMA-SAMALAH KITA BERINGAT DI MANAKAH DIRI KITA SKRG.. PERBAIKI YG SALAH, TAMBAHKAN SAHAM AKHIRAT..INSYA ALLAH- ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN PENGASIHANI..
(Semua gambar adalah hiasan semata-mata)
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Friday, September 5, 2008

Insafi Ramadhan

Ramadhan menziarahi diri untuk membersihkan diri dari segala noda hitam dan dosa...
Ramadhan datang berkunjung untuk merapatkan ukhuwah yang semakin besar jurangnya...
Ramadhan menjengah sebentar untuk memberi rehat pada anggota badan yang sering beroperasi mengeluarkan produknya...
Ramadhan singgah untuk memberi peluang bahagia pada umat Islam ketika berbuka dan berjumpa dengan Ilahi...
Alangkah indahnya Ramadhan...
Namun umat bergembira untuk menghabiskan Ramadhan... Gembira untuk menyambut kedatangan Syawal melebihi Ramadhan.. Dimanakah nilai Ramadhan yang tidak terhingga itu diletakkan? Hanya sebagai platform untuk menyiapkan baju raya... Hanya sebagai mewujudkan situasi raya yang patut dimeriahkan.. Hanya sebagai syarat untuk menyambut Aidilfitri...
Sering diungkapkan pada anak-anak kecil : "Tak puasa tak boleh raye"
Seolah-olah Raya lah yang menjadi keutamaan...
Sememangnya Aidilfitri patut dirayakan tetapi bukan dengan meninggalkan kemuliaan Ramadhan di belakang...
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, September 3, 2008

Nak Puasa pun tak selamat..

Salam.. Ingat tak kes Ramlang Porigi (Imam Masjid Wilayah) yang jadi saksi kes sumpah saiful dulu?



Selepas dia berkempen kat Permatang Pauh tu untuk PKR, dia terus jer jadi buruan pihak tertentu yang tak puas hati dengannya kerana berpaling tadah... Bukan masalah berpaling tadah sebenarnya, tapi tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah... Tak menjadi masalah bila kita sudah membuat pilihan yang betul.. Sekurang-kurangnya kita bertaubat sebelum terlanjur lebih jauh.. Semua manusia buat kesalahan...


25 ogos yang lepas beliau mintak maaf secara terang-terangan tentang kejadian yang bukan atas kehendaknya itu dilangsungkan, akibatnya beliau di momokkan dengan ancaman keselamatan diri dan keluarganya mungkin terjejas...


Sepatutnya Ramadhan boleh menjadi stater point untuk menjernihkan kembali dosa-dosa yang dah dilakukan, bukan lagi mengeruhkan hati yang sudah sedia keruh... Saya menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca dan diri sendiri agar banyakkan solat dan baca quran.. moga hati dapat dibersihkan dengan ibadah yang tak seberapa kita ni... Yakinlah ALLAH Maha Pengampun...




Feel free to surf....
Feel Hard to leave...