Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Friday, October 23, 2009

SAHABAT SEJATI

SAHABAT,
KAULAH HARTA DUNIAWI PALING BERHARGA,
MEMBAWA KASIH SAYANG YANG BERSEMI TERUS KE SYURGA..

Kubiar kalam berbicara,

Menghurai maksudnya di jiwa,

Agar mudah kumengerti,

Segala yang terjadi,

Sudah suratan Ilahi..



Kubiarkan pena menulis,

Meluahkan hasrat di hati,

Moga terubat segala,

Keresahan di jiwa,

Tak pernah kuingini..


Aku telah pun sedaya,

Tak melukai hatimu,

Mungkin sudah suratan hidupku,

Kasih yang lama terjalin,

Berderai bagaikan kaca,

Ohh teman, maafkanlah diriku…



Ohh Tuhan, tunjukkan ku jalan,

Untukku menempuhi dugaan ini,

Teman, maafkan jikaku melukaimu,

Moga ikatan ukhuwah yang dibina,

Ke akhirnya..



Sahabat, pertemuan dan perpisahan, adalah ketentuan Ilahi,

Aku tidakkan terdaya,

Menahan hibanya rasa,

Kau pergi meninggalkan diriku,

Redhalah apa terjadi,

Usahlah dikau kesali,

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..


Ohh tuhan, tunjukkan ku jalan,

Untukku menempuhi dugaan ini,

Teman maafkan jika ku melukaimu,

Moga ikatan ukhuwah yang dibina,

Ke akhirnya…


Kubiar kalam berbicara,

Menghurai maksudnya di jiwa,

Agar mudah kumengerti,

Segala yang terjadi,

Sudah suratan Ilahi..




Tuesday, August 11, 2009

SELATAN THAILAND

Suatu hari, (9 Jun 2009) ada seorang warga Thailand datang ke rumah. Dengan membawa barang jualan yang sangat banyak, dia meminta segelas air. Penat berjalan katanya. Setelah ibu memberi segelas air, dia pun memulakan bicara, menceritakan bahawa dia berasal dari Thailand. Tetapi dari gaya percakapannya, dia sangat fasih dalam loghat Kelantan, dari selatan Thailand agakku. Sedang rancak berbual, berita di televisyen menarik perhatiannya. Kami sekeluarga kehairanan, kenapa tiba-tiba sahaja dia berhenti bercerita dan kusyuk menonton berita.

Berita : 10 jemaah lelaki mati ditembak manakala 19 lagi cedera dan sedang dirawat di hospital berhampiran. Mangsa dikatakan diserang sewaktu sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Narathiwat. Jemaah yang melaksanakan rakaat kedua ditembak oleh enam orang bersenjata yang memakai penutup muka dengan menggunakan M-16.

Kami terkejut mendengar berita tersebut. Peniaga dari Thailand tadi terus membuat panggilan telefon. Usai dia bercakap menerusi telefon, wajahnya berubah. Kami bertanya apa yang sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya Masjid Narathiwat adalah masjid di kampung halamannya. Mangsa yang terbunuh sangat dikenalinya.
Sememangnya kami bersimpati terhadapnya, namun, oleh kerana masih berada di zon selesa, simpati tersebut pudar akhirnya..

Sehinggalah saya terbuka laman web yang menayangkan wajah-wajah syuhada' yang gugur di masjid tersebut. Sangat tragis dan menyayat hati. Semoga ALLAH memberi balasan yang setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.

Lantas, masihkah kita di tahap yang sama? Tanpa rasa Marah dan Terancam dek Kuffar? Hari ini saudara Di Thailand yang gugur. Bagaimana sekiranya esok saudara kita di Malaysia mengikut jejak?
Islam harus bangkit di bumi Malaysia!!
Bangun rakyat Malaysia!!
Tegakkan Islam agamamu!!
ALLAHUAKBAR!!!

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Pergi Tak Kembali part 4

Hari itu sangat tenang dan damai. Sinar matahari yang redup-redup dinihari menambah kedamaian di hati. Cikgu Hasnan melangkah lesu. Hari itu dirasakan sangat panjang. Kerja yang berlambak di atas meja dipandang lesu. Tidak bersemangat untuk membuat sebarang kerja. "Ya ALLAH, kuatkan hatiku...." bisiknya sendirian.

**********************


Munawwarah juga lesu di balik dedaun pintu. Suaminya juga tidak kelihatan minggu ini..
"Ah.. mungkin kanda sibuk kot" pujuk hati kecil Munawwarah.
Sore itu, bertemankan Syifa', Munawwarah berjalan lemah ke pantai. Bermain di gigi pantai mengubat hatinya yang bercelaru...

"Kak Yong, kenape sekarang ni kak yong macam 'down' sangat? Semua perkara yang Kak Yong buat takde kesungguhan. Ini bukan Kak Yong yang Kak Ude kenal tau!" celah Syifa' yang sejak dari tadi memerhati kebisuan Munawwarah.
Bagaimana mahu diterangkan? Aku sendiri tidak mengetahui puncanya. Monolog Munawwarah sendirian.
Sekian lama membisu, Munawwarah akhirnya bersuara.
"Kak Ude, Kak Yong rase, Kak Yong dah jadi fitnah pada lelaki. Apa yang patut Kak Yong buat? " Soal Munawwarah pada Syifa'.
Kini, barulah Syifa' sedar akan kerisauan sahabat karibnya itu.

"Kak Yong, itu semua bukan salah Kak Yong. Jangan sampai Kak Yong murung sebegini. Allah dah tentukan tahap ujian terhadap hamba-hambaNya. Makin tinggi iman seseorang, makin tinggi tahap ujianNya."
Syifa' diam sejenak. Selang beberapa ketika, dia menyambung lagi.

"Seseorang yang dikurniakan harta yang banyak, akan diuji melalui hartanya. Kecurian, kebakaran, juga penambahan harta yang lebih banyak merupakan ujian pada yang kaya. Allah ingin menilai sejauh mana harta mempengaruhi hambaNya itu untuk terus mengingati tuhannya dan kembali kepada tuhan. Manakala seseo
rang yang cantik diuji dengan kecantikannya. Sebagaimana model-model majalah yang menayangkan rupa paras malah tubuh mereka ke mata awam. Padahal mereka lupa tubuh badan dan bentuk fizikal kita hanya pinjaman dari Allah semata-mata. Begitu juga dengan Kak Yong. Kak Yong sebagai isteri orang yang setia diuji dengan kesetiaan dan wala' pada suami. Jadi, jalan terbaik adalah berbincang dengan suami."
Terang Syifa' dengan panjang lebar. Hujah-hujahnya membuatkan Munawwarah berfikir lebih lama. Lama kedua-duanya menyepi.


"Jom balik!"ajak Munawwarah.Terpinga-pinga Syifa', baru sahaja beberapa minit di pantai sudah diajak pulang. Namun, Syifa' mengekori juga langkah panjang Munawwarah.
"Kak Ude tolong temankan Kak Yong jumpe seseorang ye?"






Bersambung.......

Feel free to surf.... Feel Hard to leave...

Friday, July 31, 2009

Gempur Mansuhkan ISA

Jom beramai-ramai gempur mansuhkan ISA
Tarikh : 1st August 2009 ( Sabtu)
Tempat : Masjid Jamek
Jam : 2 petang

Tunaikan solat hajat sebelum berangkat ke destinasi demontrasi!!
Semoga ISA dihapuskan dan keadilan Islam tertegak di Bumi Malaysia!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Pergi Yang Tak Kembali part 3

Cikgu Hasnan serba salah. Bukan niatnya untuk menipu anak muridnya itu, tetapi nafsu yang merajai jiwa memenangi tingkah lakunya saban hari.

'Nur Munawwarah, dirimu sangat istimewa. Wajahmu membuatkan aku tak lena walau dalam dakapan isteri. Nur, maafkan aku. Kau menjadi mangsa untuk aku jauhkan diri. Bagaimana untuk ku jelaskan secara rasmi perletakan jawatan itu?'
Cikgu Hasnan bermonolog sendirian.

*********************
Zulhilmi bersandar di pohon Rhu yang rendang. Tenang dan damai. Juntaian daunnya yang gemalai ditiup bayu pantai membuatkan dirinya cukup selesa.
'Munawwarah, ke mana dirimu menghilang? Mungkinkah kini dia bersama suaminya?' Masih segar diingatan bait-bait yang dikeluarkan Munawwarah.

"Saudara Zulhilmi, tolong jangan kacau saya lagi. Saya dah pun berkahwin. Dah berumahtangga. Jangan cuba musnahkan rumahtangga saya."
Alangkah terkejutnya dia tatkala mendengar pengakuan Munawwarah yang berterus terang itu. Angin bayu tetap memukul ombak walaupun air itu sudah cukup menderita bergelora. Begitulah rutin harian Zulhilmi setelah menerima tamparan hebat daripada pengakuan Munawwarah tempoh hari. Setiap hari ada sahaja tempat yang dituju setelah balik dari kerja. Nak menenangkan fikiran katanya, apabila sering ditanya ibunya lantaran saban hari dia lewat pulang ke rumah.
'Munawwarah, tutur kata mu yang mendidik jiwaku masih menghantui diri ini. Takkan kulupa walau hayat dihujung kerongkong.'
Lantas dia mengimbas kembali peristiwa pertama kali pertemuannya dengan Munawwarah.

''Saudara, boleh tunjukkan mana bilik L1 A080?'' Soal seorang gadis kecil molek berkulit sawo matang.
"oo.. L1 A080? Nun jauh di hujung bangunan sebelah. Cik masuk kanan, pas tu belok kiri, naik tangga satu tingkat. Sebelah kanan tangga tu ade bilik kecil. Ha, bilik tu lah." Jawab Zulhilmi sambil memberi penerangan panjang lebar memetakan jalan.
"Terima kasih ye saudara. Moga Allah rahmati saudara," balas gadis itu.
"Hahahaha, aku tengah tension kau tanya mana jalan. Termenung la kau kat bilik termenung tu, hahahaha!"
Isi percakapannya itu secara tidak langsung kedengaran di telinga gadis itu yang belumpun melangkah jauh.
Tiba-tiba gadis itu menoleh kembali dan bersuara.

"Saudara, kiranya nanti ada seorang hamba ALLAH datang bertanya manakah jalan Siratol Mustaqim, adakah jalan yang serupa akan saudara maklumkan? Supaya puas hati saudara melihat saudara seislam sesat ke akhir hayat? supaya puas memperlekeh dan mempermainkan saudara sebangsa?"
Tanpa menoleh lagi, gadis itu terus berlalu menuju ke arah yang bertentangan dengan jalan yang dipetanya tadi.
"Saudari, maafkan saya."

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Bagaimana perasaan Sang Heroin?

Kalau tengok tajuk macam nakal jer kan? Paham pun tidak..

Sang heroin?

Meh sini nak jelaskan..
Aper yang dimaksudkan adalah perasaan menjadi heroin (watak utama) dalam karakter2 dalam sebuah novel, filem atau yang sewaktu dengannya.
Oleh kerana saya pompuan, saya gunalah heroin.. Jangan Mara...


Hidup ini unik, tapi kiter sendiri yang menentukan bagaimana harus layar dinaikkan..
Arah mana mudik perlu turutkan.. Ke hulu atau ke hilir.. Ke timur atau ke barat..

Hidup kite, Bagaimana?

Kadang-kadang termenung sendirian, berfikir bagaimana hidup ini harus di akhirkan.

Belajar? Sesuatu yang tak mungkin dipisahkan dari jasad.
Walau sekecil mane pun ilmu, ia tetap suatu pelajaran.
Bagaimana mahu mengelak dari terus belajar, sedangkan hidup adalah satu proses pembelajaran yang panjang.


Bekerja? Bukan sesuatu yang wajib dijalani,
namun itulah satu-satunye cara untuk terus hidup.

Cuma pilihan yang membezakan.
Dengan cara halal atau cara haram.

Pilihan-pilihan inilah yang menjadikan kita heroin untuk hidup kita sendiri.

Kenapa?
Kerana, pilihan ini yang akan membentuk siapa kita, bagaimana perjalanan hidup kita..


Juga bagaimana pengakhiran hidup kita. Ke Syurga atau Neraka..
Menjadi muda memang seronok. Tapi sekadar mana keseronokan itu diperlukan oleh diri? Bagaimana untuk menyukat keseronokan yang tak berkesudahan itu?

Tepuk dada tanyalah iman..

Kita lah HEROIN kepada diri kita sendiri..
Sematkan dalam Minda..
Kita yang mengawal perjalanan hidup diri sendiri, berbekalkan panduan dari ILAHI, iman di jiwa, islam yang luhur, dan kewarasan minda yang masih suci.

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Friday, June 5, 2009

Nukilan sang purba

Terasa amat lama kutinggalkan arena maya ini..
Mungkin dek Kesibukanku, membatas waktu dan kelapangan untuk mencoret kata, bermadah pujangga bagi penatap-penatap maya yang setia...
Selama dua purnama ini, perjalanan ku penuh terisi... tiada ruang untuk menguruskan keperluan sendiri..
Hakikatnya, ku tak mampu untuk kekal setia setiap hari mengadap layar yang merosakkan zarah mata ini...
Namun, hari ini ku punya waktu..
kupunya tenaga dan suara untuk menyampaikan dan berkongsi pengalaman, selama kesepianku di pentas maya ini..
Kenapa? kerana pengembaraanku yang sangat berguna..



27 April
Tanggal aku bersama teman2 ke langkawi melalui kuala perlis. 8jam di dalam bas tidak memberikanku kepenatan yang teramat. Destinasi sebenar belum sampai. Tenaga harus disimpan untuk perjalanan seterusnya...

28 April - 1 Mei
Tiba Di Kuala Perlis, bersarapan dan menguruskan keperluan kendiri...
Kemudian kami menongkah ombak badai untuk tiba di Langkawi. Bermula Episod Kem Bina Negara yang amat menyenangkan hatiku yang gundah, dek masalah keluarga yang tak kunjung padam.. Sekurang-kurangnya program ini dapat membuatkan ku berfikir Inilah penipuan dunia kepemimpinan Malaysia yang porak peranda. Menanam semangat cintakan bangsa melebihi cintakan agama Pencipta.

2 Mei
Sepulangnya dari Langkawi, Padang Besar menjadi tempat persinggahan. Pusat membeli belah barangan yang 500% murah dari harga produk yang asli.. Al-Maklumlah, barangan dari negara jiran...
Tanggal yang sama adik beradikku berkumpul untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yasin untuk mendoakan kesejahteraan keluarga kami. Masalah penyakit akidah yang membelenggu keluargaku membimbangkan benakku...

3 Mei
Tiba di Kuala Lumpur dan terus berangkat ke Terengganu pada paginya, dunia kelahiranku..
Alam yang kurindu, namun bergolak dengan seribu satu cerita.. Cerita yang merobek sanubariku..
Khabar yang meragut kebahagiaan keluarga yang kuharapkan berkekalan..

4 Mei
Bersambung......

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, March 11, 2009

Salam Maulidur Rasul



Jom sertai Pertandingan Penulisan Esei Sempena Maulidur Rasul 1430 hijriah, anjuran Sekreteriat Kerohanian Kolej-Kolej Kediaman UPM.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Putra Malaysia. Ahli jawatankuasa program dikecualikan dari menyertai pertandingan ini.
2. Hasil karya hendaklah asli dan tiada pengolahan semula daripada mana-mana sumber.
3. Gaya penulisan esei hendaklah menepati tema dan tajuk yang telah disediakan.
4. Sumber rujukan hendaklah dinyatakan, sebagai contoh ayat Al-Quran mestilah dinyatakan surah dan ayatnya (Surah Al-Mulk: 2) dan hadis pula hendaklah dinyatakan perawi hadis dan darjat masing-masing (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
5. Kandungan isi penulisan hendaklah tidak menyentuh sebarang perkara yang melibatkan sensitiviti dan perkara negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak.
6. Panjang esei mestilah tidak melebihi 1000 patah perkataan.
7. Font yang digunakan hendaklah bersaiz 12, 1.5 spacing dan menggunakan jenis font Times New Roman atau Arial.
8. Nukilan tidak terhad kepada Bahasa Melayu sahaja, penulisan dalam Bahasa Inggeris dan Arab adalah dialu-alukan.
9. Setiap peserta tidak dibenarkan menghantar lebih daripada 5 artikel.
10. Butiran peserta hendaklah disertakan bersama artikel lengkap seperti berikut;
Nama:
Kolej Kediaman/ Alamat:
No. Matrik:
No. K/P:
Program:
No. Telefon:
Email:

11. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email.
12. Karya pemenang pertandingan penulisan esei ini akan disiarkan dalam Suara Pusat Islam Universiti.
13. Hadiah lumayan disediakan iaitu:
Johan: RM200
Naib Johan: RM 150
Ketiga: RM100

14. Tarikh akhir untuk menghantar penyertaan ialah 26 Mac 2009, di Pejabat Pusat Islam Universiti pada waktu pejabat, atau emailkan terus kepada raihana@alwahy.com atau aminurr@putra.upm.edu.my

15. Karya mestilah bertajukkan :

  • Rasul sebagai ikutan dan teladan.
  • Muhammad SAW Pemimpin Agung.
  • Cabaran Dakwah Rasulullah SAW.
  • Akhlak Rasulullah SAW ikutan Sepanjang Zaman.
  • Memperbetulkan Salah Faham Tentang Rasul.
  • Muhammad SAW Idolaku.
  • Orientalisme dan Rasul.
  • Rasulullah SAW dan Jihad.
  • Muhammad SAW Memerangi Kemiskinan.
  • Keperibadian Unggul Muhammad SAW

Tunjukkan semangat cintakan Rasulullah!!!

Sayang Islam? Buktikan dan luahkan dengan hasil karya anda!!
Hadiahnya adalah lumayan!!

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Maulidur Rasul

KONVENSYEN MAULIDUR RASUL PELAJAR IPT

PERINGKAT KEBANGSAAN 1430 hijriah


Dewan Kuliah Utama Fakulti Perubatan dan Kesihatan UPM

8 Mac 2009 bersamaan 11 Rabiul 'Awal 1430 Hijriah



Alhamdulillah, tanggal 8 Mac 2009, selesai lagi satu tanggungjawabku dalam menyampaikan dakwah melalui program Konvensyen Maulidur Rasul pelajar IPT peringkat kebangsaan. Amanah sebagai ketua unit protokol bukanlah semudah yang disangka. Teramat banyak perkara yang perlu di ambil kira. Namun, matlamat asal hanya satu, menanam kecintaan pada Rasulullah, Muhammad khatimul anbiya'.

Konvensyen ini, dihadiri oleh wakil daripada Universiti dan Kolej:
  1. Universiti Darul Iman
  2. Universiti Sains Islam Malaysia
  3. Universiti Islam Antarabangsa
  4. Universiti Malaysia Pahang
  5. Universiti Kebangsaan Malaysia
  6. Universiti Perguruan Sultan Idris
  7. Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu
  8. Institut Pendidikan Guru Malaysia Tunku Ampuan Afzan
  9. Kolej Kedua
  10. Kolej Canselor
  11. Kolej Tun Dr. Ismail
  12. Kolej Kelima
  13. Kolej Keenam
  14. Kolej Tun perak
  15. Kolej Pendeta Za'ba
  16. Kolej Kesepuluh
  17. Kolej Kedua belas
  18. Kolej Ketiga Belas
  19. Kolej Keempat Belas
  20. Kolej Kelima Belas
  21. Kolej Keenam belas
  22. Kolej Ketujuh Belas

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Monday, March 2, 2009

Salam Tautan Ukhuwah buat sahabat-sahabat seperjuangan..
Agak lama tak menjejakkan kaki di arena maya ini..
Harap maaf lantaran kesibukan yang tak dapat dielakkan..
Pada 21hb Febuari yang lepas, penulis ada sertai lawatan ke kilang kompang di Parit Jawa, Johor. Agak seronok memandangkan inilah pertama kali melihat proses pembuatan kompang.. Selama ni pandai main je, tak pernah tengok macamaner kompang dihasilkan.
Ha, ni lah gambar peserta lawatan ke kilang kompang tu...
Jom kiter tengok camaner kompang dihasilkan yer..
1. Buat baluh dulu. Kayu balak digunakan untuk baluh kompang. Pokok Arban namenye, tapi orang kampung panggil Pokok Leban je.

2. Pastu varnis bagi nampak cantik.

3. Then, tunggu varnis kering.

4. Sementara tu, meh kiter cukur bulu kulit kambing dulu. Biasernyer, kulit kambing betina yang digunakan kerana kulit die lebih nipis berbanding yang jantan.


5. After that, rendam kulit dalam mase 15 minit supaya lembut..
6. Kedian, ambik baluh tadi, untuk ukur diameter kulit yang akan digunakan.


7. Lepas ukur, kita tegangkan kulit kambing tadi dengan memijak dan menari kat atas kulit tu. =)8. Dah tegang kite jemur dulu..

Ni lah hasil selepas dijemur..
9. Lepas dah kering, mase untuk ikat pada baluh pulak..

Tapi kene ukur dulu betul-betul ngan baluh tu, saiz biase kompang antara 10-15 inci. Ikat guna tali tangsi tau. bukan tali lembu.. =)

10. Ok, bile dah pasang kulit kat baluh, time letak riben merah kat tepi baluh tadi untuk nampak lebih kemas dan menarik. Tapi nak letak kain batik pun takper jugak.. Atas permintaan pelanggan.

11. Then pakukan di sekeliling baluh dengan paku tekan yang cantik, biasanya warna emas.


Dah siap paku tepi, ha, jadilah kompang yang sedia untuk dipalu...

Berakhirlah cerita pembuatan kompang...

The End..
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, February 18, 2009

Cameron Highland

Ni semua bunga di Cameron highland yang aku saksikan sendiri.
Ini first time lawatanku ke Cameron highland bersama family.
Sebelum ni pergi dengan sahabat2. Suasana kekeluargaan dan suasana mengembara dengan sahabat jauh bezanya. Cantik kan? Subhanallah.. Cantik betul ciptaan Allah sehingga tak ternilai kecantikannya.. Pelbagai dan Berwarna warni..
Begitu juga dengan kehidupan. Seharusnya diisi dengan pelbagai kemahiran dan kebolehan yang boleh dikutip di dunia ini. Ilmu itu bernilai bagi yang berakal dan tahu menghargainya.


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

On Air di IKIM.fm


Tanggal 12 Febuari 2099, tanggal satu pengalaman baru di bidang penyiaran..
Terima kasih kepada IKIM.fm kerana menjemputku sebagai jemputan untuk siaran Nasyid on stage pada 14 Febuari di Kolej 14, UPM. Alhamdulillah, Nasyid @ 14 berjaya dilangsungkan walau terdapat sedikit permasalahan dari segi dana yang diperlukan tidak mencukupi.
Namun, berada di bilik konti pada 12 Feb tersebut memberi pengalaman baru yang amat bermakna buat diriku. Bersama-sama Abang-abang Now See Heart, yang juga kebetulan menjangkau usia ke 14 tahunnya dalam bidang seni suara, juga saudara Instinct yang juga di antara artis yang terlibat dalam Nasyid @ 14 selain Abang Nazrey dan Now See Heart sendiri.
Tidak lupa ribuan Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Dj Erwan Johari dan Dj Razak yang memeriahkan suasana konsert Nasyid @ 14 pada malam tersebut.. Jasamu ku kenang..
=)

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Friday, January 30, 2009

Islam kan dijulang tinggi...


Kemenangan Parti Islam Semenanjung Malaysia di P036, Kuala Terengganu bebaru ini bukti masyarakat sedar akan realiti kini. BN? Makin merosot prestasi, makin kurang kepercayaan rakyat! Kenapa? Kerana ilmu dan pengetahuan tak boleh dibeli dengan wang ringgit...
Yang tinggal cuma masyarakat kampung yang masih belum menyedari hakikat sebenar Malaysia... Tugas kitalah yang memahami dan berilmu untuk sampaikan pada saudara mara yang berada di perkampungan...
Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya...


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Thursday, January 15, 2009

Tuesday, January 13, 2009

Palestine.... Nasibmu ditangisi...



Palestine..

Nasibmu kami tangisi...

Gugur bercucuran air mata pilu...

Tak sanggup kami melihat,

Saudara seislam gugur dizalimi..

Namun gugurmu gugur Syahid,

Menegak Islam menentang Kuffar...

Melawan Kuffar tiada daya,

Hujan peluru sudah biasa...

Malaysia...

Malaysia juga berperang..

Dengan Air Liur yang tiada harga..

Sebal kurasa lantaran hanya sekadar bantahan..

Itu sahaja yang Pemimpin mampu fikirkan..

Berdebat di parlimen itulah kerjanya..

Namun tindakan tiada selangkah..

Malaysia..

Andai nanti, tiba giliran..

Baharu kau rasa perit jerihnya..

Kuffar tidak mengenali janji perdamaian..

Pada muslim yang tegakkan kebenaran...

Bangunlah semua..

Munajatlah pada Ilahi, diberi kemenangan pada Muslimin...

Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi melainkanNya...




Takbir!!!

AllahuAkbar!!!







Pada sidang pembaca, amalkan qunut nazilah setiap masa,

agar hancur kuffar Yahudi...


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...