Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, August 11, 2009

Pergi Tak Kembali part 4

Hari itu sangat tenang dan damai. Sinar matahari yang redup-redup dinihari menambah kedamaian di hati. Cikgu Hasnan melangkah lesu. Hari itu dirasakan sangat panjang. Kerja yang berlambak di atas meja dipandang lesu. Tidak bersemangat untuk membuat sebarang kerja. "Ya ALLAH, kuatkan hatiku...." bisiknya sendirian.

**********************


Munawwarah juga lesu di balik dedaun pintu. Suaminya juga tidak kelihatan minggu ini..
"Ah.. mungkin kanda sibuk kot" pujuk hati kecil Munawwarah.
Sore itu, bertemankan Syifa', Munawwarah berjalan lemah ke pantai. Bermain di gigi pantai mengubat hatinya yang bercelaru...

"Kak Yong, kenape sekarang ni kak yong macam 'down' sangat? Semua perkara yang Kak Yong buat takde kesungguhan. Ini bukan Kak Yong yang Kak Ude kenal tau!" celah Syifa' yang sejak dari tadi memerhati kebisuan Munawwarah.
Bagaimana mahu diterangkan? Aku sendiri tidak mengetahui puncanya. Monolog Munawwarah sendirian.
Sekian lama membisu, Munawwarah akhirnya bersuara.
"Kak Ude, Kak Yong rase, Kak Yong dah jadi fitnah pada lelaki. Apa yang patut Kak Yong buat? " Soal Munawwarah pada Syifa'.
Kini, barulah Syifa' sedar akan kerisauan sahabat karibnya itu.

"Kak Yong, itu semua bukan salah Kak Yong. Jangan sampai Kak Yong murung sebegini. Allah dah tentukan tahap ujian terhadap hamba-hambaNya. Makin tinggi iman seseorang, makin tinggi tahap ujianNya."
Syifa' diam sejenak. Selang beberapa ketika, dia menyambung lagi.

"Seseorang yang dikurniakan harta yang banyak, akan diuji melalui hartanya. Kecurian, kebakaran, juga penambahan harta yang lebih banyak merupakan ujian pada yang kaya. Allah ingin menilai sejauh mana harta mempengaruhi hambaNya itu untuk terus mengingati tuhannya dan kembali kepada tuhan. Manakala seseo
rang yang cantik diuji dengan kecantikannya. Sebagaimana model-model majalah yang menayangkan rupa paras malah tubuh mereka ke mata awam. Padahal mereka lupa tubuh badan dan bentuk fizikal kita hanya pinjaman dari Allah semata-mata. Begitu juga dengan Kak Yong. Kak Yong sebagai isteri orang yang setia diuji dengan kesetiaan dan wala' pada suami. Jadi, jalan terbaik adalah berbincang dengan suami."
Terang Syifa' dengan panjang lebar. Hujah-hujahnya membuatkan Munawwarah berfikir lebih lama. Lama kedua-duanya menyepi.


"Jom balik!"ajak Munawwarah.Terpinga-pinga Syifa', baru sahaja beberapa minit di pantai sudah diajak pulang. Namun, Syifa' mengekori juga langkah panjang Munawwarah.
"Kak Ude tolong temankan Kak Yong jumpe seseorang ye?"






Bersambung.......

Feel free to surf.... Feel Hard to leave...

No comments:

Post a Comment