Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, July 31, 2008

Parti Berwibawa Tegas Pendirian


"Oleh: Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang; PAS adalah sebuah parti politik yang sangat berwibawa dan dipimpin oleh saf kepimpinan yang sudah diuji. Selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, PAS telah mendapat tawaran yang hebat dari UMNO. Tawaran itu bukan sekadar untuk berkongsi kuasa bahkan PAS diberikan hak majoriti untuk mentadbirkan Selangor dan Perak, terus berkuasa di Kelantan dan Kedah serta mendapat jawatan-jawatan EXCO di Negeri-Negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.
PAS juga ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Selain daripada itu PAS ditawarkan untuk bertanding disemua kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Seperti juga nyior setandan, ada juga buah-buahnya yang "komeng" dan buah yang komeng itu tidaklah mewakili kualiti nyior setandan itu.
Walaupun menerima tawaran yang begitu hebat PAS masih boleh berlapang dada dan boleh menolak tawaran UMNO dengan hati terbuka. PAS masih dan tetap mampu menyatakan bahawa parti itu sanggup bermuzakarah atau bermuqabalah untuk PAS menerangkan kepada UMNO perkara-perkara yang menghimpit rakyat yang perlu UMNO lakukan, dan PAS tidak menggelabah untuk menerima tawaran dari UMNO.
Pembaca kena mengkaji dua perspektif yang berbeza. UMNO ingin bermuzakarah dengan PAS semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN keatas Selangor, Perak, Kedah, dan Kelantan dengan pentadbiran BN dikendalikan oleh PAS, manakala PAS sanggup bermuzakarah dengan UMNO untuk menunjukkan kepada UMNO bahawa pentadbiran UMNO itu tidak telus dan perlu diperbaikki terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pembangkang.
PAS menemui UMNO bukan untuk berdailog dan bukan untuk berjual-beli tentang kuasa pemerintahan.
Isu yang dikatakan bahawa perjumpaan itu adalah untuk perpaduan Melayu dan Islam adalah isu yang dibesarkan oleh UMNO, manakala PAS membawakan isu untuk mencari kebajikan dan perpaduan rakyat.
Diantara UMNO dan PAS hingga bila-bila pun tak akan ada jalan pertemuan mengenai isu perpaduan Melayu dan Islam kerana diantara kedua-dua parti itu mempunyai pendekatan yang berbeza. Sesungguhnya Melayu tidak pernah bersatu, dari zaman purbakala hinggalah kezaman amalan demokrasi, dari zaman penjajahan hinggalah kezaman kemerdekaan, Melayu tidak pernah bersatu.
Ada Melayu yang menyokong sesebuah Kerajaan dan seseorang Raja dan ada pula yang menentangnya; ada Melayu yang menyokong penjajahan dan ada pula yang menentangnya; ada Melayu yang berpegang kepada ideologi kiri, ada Melayu yang bepegang kepada ideologi kanan dan ada Melayu yang berideologikan Islam.
Ada Melayu yang menyokong UMNO, ada Melayu yang menyokong PAS, ada Melayu yang menyokong PRM/PKN/PKR.
Melayu tidak pernah bersatu dari segi pandangan terhadap Dasar Ekonomi Baru. Ada Melayu yang menyokong DEB kononnya untuk kepentingan Melayu, ada Melayu yang menentang DEB kononya DEB itu meperkayakan Melayu yang sudah kaya dan tidak memberi menfaat kepada Melayu bawahan.
Pepatah Melayu yang terkenal iaitu enggang sesama senggang dan pipit ketepian melambangkan kedudukan orang Melayu dan juga bangsa-bangsa lain.
PAS komited dengan perjuangan Islam kearah penubuhan Negara Islam dan Quraan, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qiyas menjadi hukum dan perundangan tertinggi.
PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat semata-mata untuk suatu perjuangan membela nasib rakyat bawahan dan pemerintahan yang berkeadilan, dan tidak luntur dengan pegangan itu.
Karpal Singh melahirkan rasa kebimbangannya dan menyeru supaya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Dengan menzahirkan pandangan sedemikian itu, Karpal sudah masuk kedalam perangkap UMNO. Itulah yang dimahukan oleh UMNO supaya dikalangan parti-parti didalam Pakatan Rakyat akan ujud perasaan syak wasangka.
Kalau PAS sanggup menolak tawaran yang begitu besar dari UMNO tak sanggupkah Karpal Singh menerima penolakan PAS itu sebagai suatu pengorbanan?
Sudah berapa ramai orang PAS, PKR, DAP bahkan sudah berapa banyak organisasi yang sudah tewas kerana menerima lamaran dari UMNO/BN.
Karpal sebagai seorang politikus veteran, takkanlah tidak mengerti tentang tendang-terajang UMNO/BN. Bukan senang nak tolak tawaran orang kaya dan bekuasa, tetapi PAS telah lulus ujian itu.
Hanya, PAS perlulah juga melihat kedalam organisasinya agar "hantu-hantu" yang "gila kuasa" didalamnya itu diberikan disiplin yang sewajarnya agar masalah yang hampir-hampir merosakkan imej PAS didalam isu muzakarah/muqabalah ini tidak berulang lagi.

(Petikan dari lubokkawah.blogspot.com)
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, July 30, 2008

Malaikatmu... menyentuh hati...




Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"Sampaikanlah walau satu ayat"

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Friday, July 25, 2008

Rakyat Mana Tahu!!!



Kereta Proton Perdana v6 kereta exco?


Sepanjang mengenali exco Terengganu yang mewah bagai nak rak tu, tak pernah terlintas untuk memikirkan pasal kenderaan yang mereka gunakan. Tapi, sebaik sahaja isu kereta yang diguna bukanlah Perdana, baru terfikir, rupa-rupanya kereta mercedes yang selalu ke sana ke sini bukanlah kereta rasmi exco kerajaan negeri Terengganu.


Malah, isu rakyat negeri Terengganu sebagai rakyat negeri paling miskin di Semenanjung masih belum dapat diselelsaikan, timbul pula isu pembelian kereta baru untuk exco kerajaan negeri yang bernilai jutaan ringgit. Ke mana disalurkan duit royalti yang baru diterima? Fikirlah sendiri!


Pembelian kereta baru itu kononnya untuk menggantikan kereta lama yang telah diguna selama empat tahun, dan tujuannya untuk kos penyelenggaraan yang lebih murah. Cuba kita fikirkan, kereta "lama" yang dikatakannya itu pun sebenarnya belum lagi tamat tempoh services warranty, tetapi dikatakan menambahkan kos. Padahal, jika diservis sekarang pun, bukannya kena bayar servis tu. Free lagi, sebab dalam warranty. Teramat besar pembaziran yang dibuat oleh exco negeri Terengganu.


Sedih untuk mengaku sebagai rakyat negeri Terengganu apabila pemimpin langsung tak boleh pakai. Banyak lagi keluarga miskin di Kuala Terengganu yang di tanggung oleh church di sekitar KT sehingga menyebabkan mereka murtad sekeluarga demi sekeluarga, tetapi kerajaan negeri tidak memandang perkara ini sebagai serius. Amat menyedihkan apabila agama digadai kerana kemiskinan rakyat yang banyak terhutang budi dengan pihak church. Salah siapa?


Mana perginya duit royalti untuk rakyat? Jawapannya: Semua duit-duit itu dirancang untuk memewahkan lagi exco-exco yang sedia mewah dari dulu lagi. Dan jelasnya royalti yang dituntut dan dipertahankan rupanya hanya untuk kepentingan mereka sendiri, bukan untuk rakyat.


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Thursday, July 24, 2008

दक्वः रसूलुल्लाह





Cabaran Rasulullah Di zaman Perutusan

Pada zaman perutusan, rasulullah memperjuangkan kebenaran dan menentang kebatilan serta kejahilan orang Arab. Sesungguhnya yang hak dan batil tidak akan bersatu untuk selama-lamanya. Penentangan jahiliyah terhadap rasulullah pada zaman perutusan adalah penentangan yang paling dahsyat. Ini kerana, golongan kafir Quraisy bertungkus- lumus untuk menamatkan riwayat rasulullah yang dianggap mencemarkan kepercayaan nenek moyang mereka.

Baginda dihina dan diperlakukan dengan kejam dan zalim:
i. Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar bin Hisyam (Abu Jahal), Umaiyah bin Khalaf, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Sufian bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap rasulullah SAW. Seorang pemuda upahan di Mekah iaitu Uqbah Bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala rasulullah yang mulia ketika baginda sedang bersujud dalam sembahyang dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali. Fatimah r.a. puteri rasulullah mengalir air mata sambil membersihkan kepala ayahandanya. Uqbah juga telah menjerut leher nabi SAW dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh baginda SAW.
ii. Ketika di Thaif, baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah di pintu masuk bandar Thaif untuk membaling batu kepada rasulullah dan anak angkatnya Zaid Bin Harisath, darah panas mengalir pada jasad rasulullah dan Zaid bertindak melindungi rasulullah. Halangan-halangan lain juga banyak bagi menghalang kemasukan semula rasulullah ke kota Mekah, namun rasulullah mendapat naungan daripada Mut’am Bin Adi, seorang “samseng” Mekah dan mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.

Jika diteliti dalam rakaman sejarah rasulullah pada zaman perutusan, rasulullah SAW telah dihina dengan pelbagai cara antaranya Nabi dicerca dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina batang tubuh rasulullah.
Antara tuduhan-tuduhan itu adalah:

i. Nabi SAW dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
ii. Nabi dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina rasulullah melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al-Harith.
iii. Nabi dituduh seorang ahli sihir
iv. Nabi tidak layak menjadi wakil tuhan

Ada nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti rasulullah akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan daripada Allah sebagaimana dalam hadis:

Bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: kata Abu Jahal: Adakah Muhammad sujud di atas tanah di antara kamu? Lalu dijawab : ‘Ya!’ kata Abu Jahal lagi: “Demi Al-Lata dan Al-Uzza sekiranya aku melihat baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah.’ Kata Abu Hurairah: lalu beliau mendatangi nabi, ketika itu Nabi SAW sedang solat, disangkanya beliu memijak lehernya. Kata Abu Hurairah: ‘Tiba-tiba didapati Abu Jahal berjalan undur kebelakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu dikatakan padanya: ‘Apa kena dengan kamu?’ Jawab Abu Jahal “ Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan.” Lalu sabda Rasulullah sekiranya (Abu Jahal) mendekatiku akan disentaklah (anggota tubuhnya) satu persatu.

Dalam kisah yang lain, dinyatakan bahawa isteri Abu Lahab, Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah selalu mencela Nabi SAW dan menyakiti beliau dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di depan rumah rasulullah. Satu ketika setelah diturunkan ayat Al-Quran yang mencela suaminya, terus beliau mencari Nabi untuk dilontar dengan batu. Pada ketika itu, Nabi sedang bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar. Dalam sebuah masjid di sisi kaabah. Akan tetapi Allah telah menutup pandangan Ummu Jamil daripada melihat baginda. Lalu kehairanan Abu Bakar melihat yang Ummu Jamil tidak dapat melihat baginda walaupun baginda berada betul-betul di hadapannya.

Kata Abu Bakar:
Wahai Rasulullah, Apakah kamu melihatnya bahawa beliau melihatmu? Sabda nabi: beliau tidak dapat melihatku. Sesungguhnya Allah menutup pandangannya terhadapku.

Satu lagi kisah dalam hadis lain berbunyi:

Daripada Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah memeluk Islam, beliau membaca (hafaz) surah Al-Baqarah dan Ali-Imran। Beliu terdiri daripada tukang tulis Nabi SAW। Lalu beliau murtad dan berkata: Muhammad tidak mengetahui apa pun kecuali apa yaang aku tuliskan padanya। Setelah itu beliau mati dan dikebumikan। Tetapi tanah mengeluarkan (tubuhnya) semula। Lalu berkata kaumnya: “Ini adalah perbuatan Muhammad dan Sahabatnya, setelah Nasrani itu murtad dari agama mereka, mereka bongkar semula mayat saudara kita dan dibuangnya”। Maka mereka menggalikan semula tanah sedalam mungkin (dan menanam kembali), bila keesokannya tanah meludah semula mayat itu। Mereka berkata ‘ini juga perbuatan Muhammad dan Sahabatnya yang menggali semula saudara kita yang lari dari agamanya, lalu mereka buangnya keluar dari kubur’। Mereka menggali semula kubur sedalam mungkin dan menanamnya. Dan keesokkannya diludah semula oleh bumi. Maka mereka mengetahui bahawa kejadian itu bukan dari perbuatan manusia, lalu dibuangnya keluar kubur....Feel free to surf.... Feel Hard to leave...

Monday, July 21, 2008

Rejab; Insaf dan Merubah

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S।W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Friday, July 18, 2008

Pemimpin Sejati Warisan Ummah

Pemimpin zaman kini banyak yang kita kenal sebagai korup juga berselingkuh dengan banyak skandal yang menjatuhkan imej pemimpin. Itulah yang terjadi andai tidak mencontohi kepimpinan Rasulullah, berpandukan Quran dan Sunnah.
Mari lontarkan paradigma jauh ke zaman silam, Zaman kebangkitan Ikhwanul Muslimin atau juga dikenali sebagai Muslim Brotherhood di negara Eropah. Siapakah pengasas Ikhwanul Muslimin yang gerakannya masih lagi aktif sehingga kini walaupun beliau sudah meninggal dunia?
Pemimpin yang disegani dunia itu adalah Assyahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau lahir pada tanggal 14 Oktober 1906 di Mahmudiah, Mesir. Seawal usia 12 tahun, beliau telah melibatkan diri ke arena ahli sufi. Setahun kemudian, beliau mengikuti demonstrasi ketika revolusi menentang penjajahan British.




Dalam usia yang muda beliau sudah pun sedar akan kepincangan politik dunia juga fasih dalam ulumulQuran. Robert Jackson (bukan Islam) pernah menyatakan bahawa "Hassan Al-Banna adalah seorang ahli politik yang hebat, Pemimpin yang gagah, ulama' yang tepat hujahnya, ahli falsafah yang terkemuka, pemidato yang lantang, dan penulis yang bervisi. Semua bidang ini adalah lahir dari keperibadian beliau secara semulajadi".




Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin. Segala aspek wujud dalam dirinya tanpa kelemahan yang dapat digugat oleh kuffar. Beliau telah mengubah sejarah dunia Islam dengan perubhan yang besar dan berperingkat-peringkat. Peringkat yang ditanam oleh hassan Al-Banna adalah, taarif, iaitu pada peringkat memperkenalkan jamaah Islam dan memperkukuhkan akidah. Peringkat kedua adalah takwin, dimana ahli jamaah Islam dibentuk dengan kesediaan bekerja untuk mendirikan khilafah Islamiyah dan akur dengan jihad fisabilillah. Manakala peringkat ketiga adalah tanfiz, yang mana dari segi pelaksanaan yang sanggup berkorban jiwa raga, harta benda dan segalanya demi Islam yang tercinta.




Beliau sangat bijak dalam memastikan sistem yang dicipta tetap kekal untuk generasi yang seterusnya dan relevan dipakai sehingga ke akhir zaman. Pemikiran jangka panjang beliau adalah ilham daripada Allah yang tidak mungkin diperolehi oleh sembarangan orang.




Akan tetapi, kesedihan dan kebanggaan buat umat Islam apabila beliau 'syahid fi sabilillah' pada tanggal 12 Febuari 1949 kerana konspirasi jahat yang membunuhnya dengan peluru pistol durjana yang lantas menjadikan darah beliau sebagai baja kesuburan ummah untuk meneruskan perjuangan islam yang sebenar.




Walau hanya pernah mendiami dunia selama 42 tahun, 3 bulan dan 28 hari, tetapi impaknya pada dunia teramat besar sehingga namanya masih disebut-sebut. Malah doa-doa ma'thur yang dikumpulkan beliau menjadi lembaran Al-Ma'thurat tetap dibaca dan di amalkan sehingga kini.




Sama-sama teruskan perjuangan menegakkan daulah Islamiyah di mayapada ini. Diharapkan semoga pejuang sebegini masih wujud di dunia moden zaman kini untuk menyelamatkan ummah dari kegelapan.
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Thursday, July 17, 2008

Sistematikkah pengurusan hidup anda?

Pada amnya, masyarakat Islam zaman kini melalui hidup tanpa perancangan yang teliti. Jadilah mereka seperti layang-layang tak bertali. Sehinggakan peratusan remaja Islam yang terjebak dengan gejala sosial semakin meningkat. Apa yang pasti adalah kerana mereka membelakangkan agama dalam hidup.
Apa tujuan manusia diciptakan?
Firman Allah: "Tidak AKU jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah untukKU"

Sudah terang lagikan bersuluh... itulah matlamat sebenar kewujudan manusia di marcapada ini. Ibadah bukanlah hanya setakat solat, puasa, tunaikan zakat ataupun dirikan Haji. Malahan, aktiviti kita seharian pun, seperti mandi, makan, bekerja mencari nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya adalah ibadah kepada Allah dengan niat lillahi Ta'ala.

Semuanya adalah ibadah, akan tetapi, tersusunkah hidup kita seharian? Mungkin ya bagi jangka masa pendek, tetapi bagaimana dengan jangka masa panjang?

Manusia seharusnya berjiwa besar dan berpandangan jauh ke depan dengan menggunakan akal yang telah dikurniakan Rabbul Izzati. Jangan kufur nikmat dengan kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya.

i. Rancanglah kehidupan dengan teliti. Tetapkan matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

ii. Kenali peluang yang ada untuk diceburi dan jangan bertangguh bila peluang sudah di depan mata. Rebutlah peluang keemasan kerana tak mungkin peluang akan muncul buat kali kedua.

iii. Motivasikan diri untuk menggapai apa yang telah disasarkan walau dengan apa cara sekalipun, selagi tidak bercanggah dengan landasan Islam.

iv. Kuasai Minda anda, "Segalanya tidak Mustahil". Setelah mencapai satu tahap perancangan anda, kuasai dan konsisten dalam memberi komitmen. Tapi ingat, jangan terburu-buru dalam mencari peluang baru. Ini mungkin merugikan anda dalam menjayakan peluang yang baru mula bertatih.

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Monday, July 14, 2008

Bagaimana IQ dimanipulasi

IQ singkatan kepada Intelligence quotient, sinonim juga dengan kebijaksanaan akal. Sememangnya manusia dikurniakan Akal oleh pencipta agar kita menggunakannya ke jalan yang betul..
Namun, IQ sebenarnya boleh dimanipulasi oleh banyak faktor..
1. Psikologi
2. Persekitaran
3. Tahap kebijaksanaan