Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Friday, July 18, 2008

Pemimpin Sejati Warisan Ummah

Pemimpin zaman kini banyak yang kita kenal sebagai korup juga berselingkuh dengan banyak skandal yang menjatuhkan imej pemimpin. Itulah yang terjadi andai tidak mencontohi kepimpinan Rasulullah, berpandukan Quran dan Sunnah.
Mari lontarkan paradigma jauh ke zaman silam, Zaman kebangkitan Ikhwanul Muslimin atau juga dikenali sebagai Muslim Brotherhood di negara Eropah. Siapakah pengasas Ikhwanul Muslimin yang gerakannya masih lagi aktif sehingga kini walaupun beliau sudah meninggal dunia?
Pemimpin yang disegani dunia itu adalah Assyahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau lahir pada tanggal 14 Oktober 1906 di Mahmudiah, Mesir. Seawal usia 12 tahun, beliau telah melibatkan diri ke arena ahli sufi. Setahun kemudian, beliau mengikuti demonstrasi ketika revolusi menentang penjajahan British.




Dalam usia yang muda beliau sudah pun sedar akan kepincangan politik dunia juga fasih dalam ulumulQuran. Robert Jackson (bukan Islam) pernah menyatakan bahawa "Hassan Al-Banna adalah seorang ahli politik yang hebat, Pemimpin yang gagah, ulama' yang tepat hujahnya, ahli falsafah yang terkemuka, pemidato yang lantang, dan penulis yang bervisi. Semua bidang ini adalah lahir dari keperibadian beliau secara semulajadi".




Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin. Segala aspek wujud dalam dirinya tanpa kelemahan yang dapat digugat oleh kuffar. Beliau telah mengubah sejarah dunia Islam dengan perubhan yang besar dan berperingkat-peringkat. Peringkat yang ditanam oleh hassan Al-Banna adalah, taarif, iaitu pada peringkat memperkenalkan jamaah Islam dan memperkukuhkan akidah. Peringkat kedua adalah takwin, dimana ahli jamaah Islam dibentuk dengan kesediaan bekerja untuk mendirikan khilafah Islamiyah dan akur dengan jihad fisabilillah. Manakala peringkat ketiga adalah tanfiz, yang mana dari segi pelaksanaan yang sanggup berkorban jiwa raga, harta benda dan segalanya demi Islam yang tercinta.




Beliau sangat bijak dalam memastikan sistem yang dicipta tetap kekal untuk generasi yang seterusnya dan relevan dipakai sehingga ke akhir zaman. Pemikiran jangka panjang beliau adalah ilham daripada Allah yang tidak mungkin diperolehi oleh sembarangan orang.




Akan tetapi, kesedihan dan kebanggaan buat umat Islam apabila beliau 'syahid fi sabilillah' pada tanggal 12 Febuari 1949 kerana konspirasi jahat yang membunuhnya dengan peluru pistol durjana yang lantas menjadikan darah beliau sebagai baja kesuburan ummah untuk meneruskan perjuangan islam yang sebenar.




Walau hanya pernah mendiami dunia selama 42 tahun, 3 bulan dan 28 hari, tetapi impaknya pada dunia teramat besar sehingga namanya masih disebut-sebut. Malah doa-doa ma'thur yang dikumpulkan beliau menjadi lembaran Al-Ma'thurat tetap dibaca dan di amalkan sehingga kini.




Sama-sama teruskan perjuangan menegakkan daulah Islamiyah di mayapada ini. Diharapkan semoga pejuang sebegini masih wujud di dunia moden zaman kini untuk menyelamatkan ummah dari kegelapan.
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

No comments:

Post a Comment