Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan... Rindu padamu akan berakhir...

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-



5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-






Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Friday, August 29, 2008

Amanah Dunia




Hidup ini sementara... Namun bagiku suatu penyiksaan..
Bagaimana harus kutempuhi hidup ini dengan amanah yang begitu berat yang tak mampu kupikul? Aku sering tertanya-tanya.."apakah aku melaksanakan amanahku sebaiknya?" hatiku lantas menjawab, " tiada satu amanah pun yang aku laksanakan sebaiknya!"
Aku buntu..

Amanah pada agama?
Amanah Allah pada semua manusia sebagai khalifah di muka buminya.. Tapi aku tidak menghormati makhluk lain ciptaannya.. Aku tidak menghormati sesama insan.. sering aku melukakan hati insan yang aku sayang.. Amanah agama memperjuang dan menegakkan Islam di atas dunia.. Namun awal-awal lagi aku sudah gagal dalam mempertahankan Islam dari dalam diriku sendiri... Aku kotor, bagaimana Islam boleh aku tegakkan? Amanah imej Islam? Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Imej Islam dipandang melalui penganutnya... Namun, aku sendiri yang menjatuhkan imej itu... Alangkah rendahnya martabatku...




Amanah pada ibu bapa?
Banyak kali kumenyimpang dari amanah mereka... Hasrat mereka menghantar aku ke universiti untuk menuntut ilmu, tapi bukan ilmu yang kucari sebenarnya... Harapan mereka supaya aku jadi insan berguna, berpendidikan, menjaga agama dan maruah... Tapi, hari ke hari aku makin tidak berguna. Apa masalahku yang sebenar? Aku sendiri buntu... Pinta mereka supaya aku punya cita-cita hidup... Tapi aku hidup mengikut caraku sendiri, tanpa memikirkan masa hadapan. Apakah tujuan hidupku yang kudambakan?





Amanah pada diri sendiri?
Diri sendiri mahukan haknya. Tapi aku menggunakan jasad mengikut kemahuanku.. Diri sendiri mengaku dialah hamba pada Pencipta seluruh alam. Namun aku takabbur dan bongkak pada kesempurnaan kurnianNYA... Diri sendiri mahukan Sifat mahmudah menjadi perhiasan. Tapi aku jinakkan dan kotorkan dengan mazmumah... Aku menipu dan berhelah.. Aku sombong dan riyak.. Aku mendekati maksiat dan menjauhi yang maaruf.. Aku malas dan bertangguh.. Dipelihara syaitan yang sudah sedia gemuk.. Bergembiralah syaitan atas kejayaan godaannya..
Di mana kesedaran ini akan bermula? Bagaimana ia harus diaplikasi untuk mengubah diri? Bagaimana caranya memuncakkan kesedaran ini? Lantaran hati telah zulmat dihitami... Sedarlah diri... Kau punya AMANAH...
Amanah yang wajib kau laksanakan.. Amanah yang akan dipersoalkan di akhirat... Amanah yang menjadi penentu Syurga dan Neraka...
Insaflah diri...


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Wednesday, August 27, 2008

Anwar MENANG walau...

Anwar tetap menang besar walaupun berbagai cubaan untuk mengalahkan beliau dilakukan oleh Barisan Nasional...
Keputusan Rasmi Pilihanraya P44 Parlimen Permatang Pauh:
PKR-Dato' Seri Anwar Ibrahim : 31,195 undi
BN-Datuk Ariff Shah Omar Shah : 15,524 undi
AKIM kacau-Hanafi : 92 undi
Majoriti berpihak kepada Anwar Ibrahim dengan jumlah undi 15,671undi lebih berbanding calon lain.
Mari kita lihat antara kejahatan yang dirancang oleh Barisan Nasional walaupun mereka menemui kegagalan:

Siapakah Ramlang Porigi- Imam masjid Wilayah yang menjadi saksi Agkat Sumpah Saiful:







Kesimpulannya? Anda fikirlah sendiri....


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Tuesday, August 12, 2008

Kaya la kalau kiter g Zimbabwe

Berapa Simpanan duit anda di bank pada hari ini? Mungkinkah sebanyak ini?

Malaysia Alhamdulillah, mempunyai sumber alam yang kaya dan tidak perlu bergantung 100% kepada negara lain untuk menguruskan kehidupan kita seharian..

Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah yang besar ini supaya tidak menjadi seperti negara Zimbabwe yang merana Kemiskinan pada hari ini.

Inilah implikasi bergantung 100% kepada Amerika untuk hampir semua barangan keperluan dan kehendak bagi negara Zimbabwe.

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.
Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(
sehari dalam kehidupan mayarakat disana harga2 barang di pasar zimbabwe ,
Telur ayam
Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup...
Wang yg diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan....
setiap bulan bila terima gaji...kena sewa teksi atau lori le gamaknya....
'pengemis' yg boleh dianggap 'kaya' sbb dapat juta2 setiap hari...hihihi....
kalau anak org kaya jgn cakap laa....
kalau susah nak bawak duit banyak2 tukarkan ke USD...dapat sekeping je...
kilang buat wallet ngan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah....
Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Monday, August 11, 2008

Kod Babi dalam makanan

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam



Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Pramugari murtad, Respon anda?




Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS
Posted by membelaislam in Article 11, Constitution, Rights of Muslims. Tags: Article 11 (4), Artikel 11, bantahan, Idris Jala, Kristian, laporan polis, Memurtadkan, Pramugari MAStrackback
Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.
Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.

Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada
Dato Idris Jala
Pengarah Urusan Malaysia Airlines
1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport
47200 Subang, Selangor DE
Fax: 03-78439400 Tel: 03-78404801
Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Article 11 (4)
State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.
Siasatan polis juga dilaporkan tidak diteruskan.
Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani ItuSehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)


Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

Tuesday, August 5, 2008

கபரன் டக்வ் ரசுளுள்ள் (Cabaran Dakwah Rasulullah)


Cabaran Rasulullah Di zaman Moden

Penghinaan terhadap nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi umat Islam yang kehilangan khalifah dengan tumbangnya Khilafah Islam terakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada maslahat umat Islam. Pada tahun 1989 Salman Rusydie telah menghina Rasulullah melalui karya bejatnya “The Satanic Verses”. Protes demi protes umat Islam tidak menggerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi SAW, sebagaimana yang diungkapkan oleh Sheikh Hassan Nasrallah seorang ulama’ di Lubnan, jika sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini berkenaan dengan isu Salman Rusydie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah.

Kenyataan ini mempunyai kewajarannya kerana selepas 1990, penghinaan terhadap Nabi SAW berterusan malah semakin rancak. Selepas isu itu, muncul pula isu Taslima Nasreen yang merupakan warga Bangladesh. Karya wanita jalang ini diulang cetak di negara barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di negara barat.

Di Mesir pula muncul Haidar Bin Haidar yang berketurunan Syiria yang mengarang sebuah novel fiksyen yang memasukkan watak Nabi bersama Khadijah dan Aisyah lalu menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam berdemonstrasi menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel tersebut dan menarik balik novel itu dari pasaran. Bantahan aman mempertahankan maruah Rasulullah itu disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah sehingga seorang mahasiswi telah gugur syahid.

Di zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadhan beberapa tahun lepas. Nigeria merupakan sebuah negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai khalifah Sokoto dimana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya ditumpaskan dengan kedatangan British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria yang telah diizinkan oleh kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam.

Kebiadapan terhadap Rasulullah bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu Nigeria This Day telah menulis dalam kolumnya, ‘Jika sekiranya Nabi Muhammad masih hidup, nabi Muhammad pun akan membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan dan Nabi Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isterinya. Kebiadapan ini menyebabkan ratusan ribu umat Islam menunjuk perasaan di jalan-jalan raya dan kemuncaknya pejabat utama akhbar “Nigeria This Day” telah dibakar.






REALITI MASYARAKAT KINI
Pada hari ini Baginda dikritik dan dihina lagi oleh tokoh-tokoh pendusta dan pengkhianat barat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta rasulullah tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad seorang pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut digambarkan Nabi sebagai seorang Arab Badwi yang membawa pedang dan di apit oleh dua orang perempuan yang bercadar hitam. Bahkan, dalam salah satu kartun tersebut digambarkan bahawa Rasulullah memakai serban dan dalam lipatan serbannya terselit sebiji bom. Gambar-gambar ini diterbitkan pada September 2005 sehingga orang akan mengaitkan gambar tersebut dengan peristiwa pengeboman WTC pada 11 September.

Perlakuan biadap terhadap Nabi SAW telah menggerakkan arus kesedaran dan kecintaan terhadap agama Allah, gerakan Islam di negara-negara umat Islam dengan pantas telah memimpin dan menguruskan isu ini dngan baik. Di negara Timur Tengah sebagai contoh, gerakan Ikhwanul Muslimin telah menganjurkan bantahan yang hebat dan menggerakkan kempen memboikot barangan Norway dan Denmark. Dalam masa sebulan, perdana menteri Denmark telah mengumumkan bahawa pemboikotan barangan Denmark telah membuatkan mereka rugi sebanyak 2billion Euro. Jikalau berterusan sehingga tujuh bulan maka mereka akan kerugian 40 billion Euro.

Di benua Sub-continent, jamiat Islami telah mengadakan bantahan hebat dan berkesan menentang penghinaan. Di Pakistan, pakatan MMA yang dipimpin oleh Qazi Hussein (Amir Jamaat Islami) telah menganjurkan demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu umat Islam. Di Indonesia pula, yang mana umat Islam paling ramai di dunia, bantahan dipimpin oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Di Malaysia sendiri, Parti Islam telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan kesedaran rakyat untuk menentang penghinaan dengan mengadakan demonstrasi aman.

Di Malaysia, akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang sedang memuncak. Kartun itu diselitkan dengan rencana bertajuk “Cartoons: Not Much impact here”. Umat Islam diperanjingkan dengan tindakan ini yang dengan sengaja menguji kesabaran dan rasa toleransi antara agama. Umat Islam bangkit membantah keras terhadap Sarawak Tribune, lalu kerajaan segera mengambil tindakan keras dengan menggantung lesen penerbitannya. Melihat kepada respon luar jangka ini, pihak pengurusan akhbar telah menutup penerbitan ini malah premis akhbar ini dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Ironisnya, kes yang berlaku kepada Sarawak Tribune tidak memberi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain di Malaysia. Kebiadapan ini muncul lagi apabila akhbar China Guang Ming daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Berkat bantahan massa dan NGO-NGO Islam, kerajaan dengan serta-merta menggantung penerbitannya selama dua minggu penerbitan akhbar ini.

Persoalannya
Apa yang kita rasa apabila Rasulullah SAW dicaci dan dihina? Kasihkah kita pada Rasulullah?
Apa yang kita lakukan kepada penentang dan penghina Rasulullah? Adakah kita memboikot barangan Denmark dan Norway?
Adakah cabaran hidup kita dalam berdakwah dan melaksanakan amalan Islam sehebat Rasulullah?


Senarai rujukan:
1. Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W. karangan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud terbitan MHI Publication. Batu Caves 2006




Feel free to surf....
Feel Hard to leave...