Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, August 5, 2008

கபரன் டக்வ் ரசுளுள்ள் (Cabaran Dakwah Rasulullah)


Cabaran Rasulullah Di zaman Moden

Penghinaan terhadap nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi umat Islam yang kehilangan khalifah dengan tumbangnya Khilafah Islam terakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada maslahat umat Islam. Pada tahun 1989 Salman Rusydie telah menghina Rasulullah melalui karya bejatnya “The Satanic Verses”. Protes demi protes umat Islam tidak menggerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi SAW, sebagaimana yang diungkapkan oleh Sheikh Hassan Nasrallah seorang ulama’ di Lubnan, jika sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini berkenaan dengan isu Salman Rusydie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah.

Kenyataan ini mempunyai kewajarannya kerana selepas 1990, penghinaan terhadap Nabi SAW berterusan malah semakin rancak. Selepas isu itu, muncul pula isu Taslima Nasreen yang merupakan warga Bangladesh. Karya wanita jalang ini diulang cetak di negara barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di negara barat.

Di Mesir pula muncul Haidar Bin Haidar yang berketurunan Syiria yang mengarang sebuah novel fiksyen yang memasukkan watak Nabi bersama Khadijah dan Aisyah lalu menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam berdemonstrasi menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel tersebut dan menarik balik novel itu dari pasaran. Bantahan aman mempertahankan maruah Rasulullah itu disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah sehingga seorang mahasiswi telah gugur syahid.

Di zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadhan beberapa tahun lepas. Nigeria merupakan sebuah negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai khalifah Sokoto dimana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya ditumpaskan dengan kedatangan British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria yang telah diizinkan oleh kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam.

Kebiadapan terhadap Rasulullah bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu Nigeria This Day telah menulis dalam kolumnya, ‘Jika sekiranya Nabi Muhammad masih hidup, nabi Muhammad pun akan membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan dan Nabi Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isterinya. Kebiadapan ini menyebabkan ratusan ribu umat Islam menunjuk perasaan di jalan-jalan raya dan kemuncaknya pejabat utama akhbar “Nigeria This Day” telah dibakar.






REALITI MASYARAKAT KINI
Pada hari ini Baginda dikritik dan dihina lagi oleh tokoh-tokoh pendusta dan pengkhianat barat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta rasulullah tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad seorang pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut digambarkan Nabi sebagai seorang Arab Badwi yang membawa pedang dan di apit oleh dua orang perempuan yang bercadar hitam. Bahkan, dalam salah satu kartun tersebut digambarkan bahawa Rasulullah memakai serban dan dalam lipatan serbannya terselit sebiji bom. Gambar-gambar ini diterbitkan pada September 2005 sehingga orang akan mengaitkan gambar tersebut dengan peristiwa pengeboman WTC pada 11 September.

Perlakuan biadap terhadap Nabi SAW telah menggerakkan arus kesedaran dan kecintaan terhadap agama Allah, gerakan Islam di negara-negara umat Islam dengan pantas telah memimpin dan menguruskan isu ini dngan baik. Di negara Timur Tengah sebagai contoh, gerakan Ikhwanul Muslimin telah menganjurkan bantahan yang hebat dan menggerakkan kempen memboikot barangan Norway dan Denmark. Dalam masa sebulan, perdana menteri Denmark telah mengumumkan bahawa pemboikotan barangan Denmark telah membuatkan mereka rugi sebanyak 2billion Euro. Jikalau berterusan sehingga tujuh bulan maka mereka akan kerugian 40 billion Euro.

Di benua Sub-continent, jamiat Islami telah mengadakan bantahan hebat dan berkesan menentang penghinaan. Di Pakistan, pakatan MMA yang dipimpin oleh Qazi Hussein (Amir Jamaat Islami) telah menganjurkan demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu umat Islam. Di Indonesia pula, yang mana umat Islam paling ramai di dunia, bantahan dipimpin oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Di Malaysia sendiri, Parti Islam telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan kesedaran rakyat untuk menentang penghinaan dengan mengadakan demonstrasi aman.

Di Malaysia, akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang sedang memuncak. Kartun itu diselitkan dengan rencana bertajuk “Cartoons: Not Much impact here”. Umat Islam diperanjingkan dengan tindakan ini yang dengan sengaja menguji kesabaran dan rasa toleransi antara agama. Umat Islam bangkit membantah keras terhadap Sarawak Tribune, lalu kerajaan segera mengambil tindakan keras dengan menggantung lesen penerbitannya. Melihat kepada respon luar jangka ini, pihak pengurusan akhbar telah menutup penerbitan ini malah premis akhbar ini dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Ironisnya, kes yang berlaku kepada Sarawak Tribune tidak memberi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain di Malaysia. Kebiadapan ini muncul lagi apabila akhbar China Guang Ming daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Berkat bantahan massa dan NGO-NGO Islam, kerajaan dengan serta-merta menggantung penerbitannya selama dua minggu penerbitan akhbar ini.

Persoalannya
Apa yang kita rasa apabila Rasulullah SAW dicaci dan dihina? Kasihkah kita pada Rasulullah?
Apa yang kita lakukan kepada penentang dan penghina Rasulullah? Adakah kita memboikot barangan Denmark dan Norway?
Adakah cabaran hidup kita dalam berdakwah dan melaksanakan amalan Islam sehebat Rasulullah?


Senarai rujukan:
1. Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W. karangan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud terbitan MHI Publication. Batu Caves 2006




Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

No comments:

Post a Comment