Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, August 11, 2009

SELATAN THAILAND

Suatu hari, (9 Jun 2009) ada seorang warga Thailand datang ke rumah. Dengan membawa barang jualan yang sangat banyak, dia meminta segelas air. Penat berjalan katanya. Setelah ibu memberi segelas air, dia pun memulakan bicara, menceritakan bahawa dia berasal dari Thailand. Tetapi dari gaya percakapannya, dia sangat fasih dalam loghat Kelantan, dari selatan Thailand agakku. Sedang rancak berbual, berita di televisyen menarik perhatiannya. Kami sekeluarga kehairanan, kenapa tiba-tiba sahaja dia berhenti bercerita dan kusyuk menonton berita.

Berita : 10 jemaah lelaki mati ditembak manakala 19 lagi cedera dan sedang dirawat di hospital berhampiran. Mangsa dikatakan diserang sewaktu sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Narathiwat. Jemaah yang melaksanakan rakaat kedua ditembak oleh enam orang bersenjata yang memakai penutup muka dengan menggunakan M-16.

Kami terkejut mendengar berita tersebut. Peniaga dari Thailand tadi terus membuat panggilan telefon. Usai dia bercakap menerusi telefon, wajahnya berubah. Kami bertanya apa yang sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya Masjid Narathiwat adalah masjid di kampung halamannya. Mangsa yang terbunuh sangat dikenalinya.
Sememangnya kami bersimpati terhadapnya, namun, oleh kerana masih berada di zon selesa, simpati tersebut pudar akhirnya..

Sehinggalah saya terbuka laman web yang menayangkan wajah-wajah syuhada' yang gugur di masjid tersebut. Sangat tragis dan menyayat hati. Semoga ALLAH memberi balasan yang setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.

Lantas, masihkah kita di tahap yang sama? Tanpa rasa Marah dan Terancam dek Kuffar? Hari ini saudara Di Thailand yang gugur. Bagaimana sekiranya esok saudara kita di Malaysia mengikut jejak?
Islam harus bangkit di bumi Malaysia!!
Bangun rakyat Malaysia!!
Tegakkan Islam agamamu!!
ALLAHUAKBAR!!!

Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

1 comment:

  1. Allahuakbar.
    semoga ditempatkan dikalangan mereka yang syahid

    ReplyDelete