Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, February 7, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013

 Mengimbau kembali sejarah himpunan kebangkitan rakyat pada 12 January 2013, ia sangat mengujakan dan juga sangat menggemparkan bagi rakyat Malaysia. Himpunan manusia seolah-olah koloni semut yang mengelilingi sarangnya. Begitulah perumpamaan kepadatan bilangan rakyat yang berhimpun pada hari itu. Malah ramai yang datang dari jauh tidak dapat masuk pun ke dalam stadium, termasuk abang dan bapa mertuaku. Begitu dahsyat kebangkitan rakyat pada masa kini.


Apakah tandanya?
Ini menunjukkan rakyat semua sudah celik mata dan minda. Bukan lagi di takuk yang lama. Slogan & Bantuan bertema 1 Malaysia bukan lagi gula-gula manis yang boleh menggugat kebijaksanaan rakyat dalam menilai kepimpinan Malaysia.

Cuba kita lihat kembali paparan-paparan jelas bilangan rakyat pada hari itu;








Mengasyikkan & Menakjubkan...

Kepada penduduk Malaysia sekalian:

- Suara Kebangkitan itu hak rakyat
- Rakyat bisa melontarkan Suara Kebangkitan walau dengan apa cara sekalipun
- Tiba masanya Suara Sebenar Rakyat didengari, oleh kerana media utama tidak menyebarkan kebenaran, laman-laman sesawang kini menjadi pilihan rakyat. Awas dengan pilihan rakyat kerana ia lebih cepat tersebar & lebih tepat informasinya.



Feel free to surf.... Feel Hard to leave...

No comments:

Post a Comment