Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, October 14, 2008

Pergi Yang Tidak Kembali 2

"Cikgu nak jumpa saya ke?"
Tanya Nur, memulakan bicara.
"Ye, silakan duduk. Pertamanya cikgu nak mintak maaf pasal peralihan jawatankuasa baru yang cikgu dah buat tu."
"Kenapa sebenarnya Cikgu? Saya ada buat salah ke?" soal Nur inginkan jawapan.
"Eh, bukan kamu yang salah, tapi cikgu yang salah. Dulu cikgu melantik kamu sebagai ketua Editor kerana keperibadian dan kecantikan kamu. Niat cikgu memang dah salah dari awal lagi. Terus-terang cikgu katakan, Cikgu dah jatuh hati pada kamu."
Nur tersentak mendengar pengakuan berani Cikgu Hasnan tanpa berselindung lagi. Masakan tidak, Cikgu Hasnan sudah berkahwin, malah sudah dikurniakan seorang putera yang comel dan sihat. Pengakuan Cikgu Hasnan ini, boleh merosakkan rumahtangganya sekiranya didengari oleh isterinya. Nur menjadi amat takut. Takut, sekiranya dia telah menjadi fitnah akhir zaman kepada kaum lelaki yang bukan muhrimnya.
Nur kelu, Syifa' yang menemaninya dari tadi juga kelu. Cikgu Hasnan memohon maaf daripada Nur, lantaran sikapnya yang keterlaluan mengikut perasaan sehingga menyebabkan Nur menjadi mangsa keadaan.
"Kenapa sekarang baru cikgu sedar kesalahan tu?"
"Kerana, saya baru sahaja mengetahui yang kamu sudah berkahwin. Remuknya hati saya. Sebenarnya, saya sudah bercadang untuk mengambil kamu sebagai isteri saya, tetapi keadaan tidak mengizinkan."
"Cikgu, maafkan saya andai tindakan saya selama ini menyebabkan Cikgu salah sangka, tetapi bagi saya, hubungan antara kita berdua tidak lebih dari seorang murid kepada gurunya. Maafkan saya."
Nur terus keluar daripada bilik Cikgu Hasnan. Syifa' hanya membontoti Nur yang masih dalam keadaan yang keliru.

Bersambung..





Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

1 comment:

  1. wah...cerpen...kisah cinta terlarang antara guru dan muridnya...

    ReplyDelete