Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, October 14, 2008

Shah Rukh Khan bergelar Datuk?


Isu Shah Rukh Khan dikurniakan anugerah Datuk daripada kerajaan negeri Melaka amat mengejutkan banyak pihak. Ia dianggap tidak wajar dan kurang rasional apabila menjulang artis Bollywood seangkatan dengan warganegara yang tinggi jasanya. Apakah kerajaan negeri Melaka melihat artis yang merosakkan budaya timur itu sebagai memberi jasa kepada rakyatnya? Mungkin, jasanya merosakkan nilai moral masyarakat melalui filem-filem lakonannya itu yang dipandang sebagai kelayakan untuk memperoleh pangkat Datuk.
SRK yang kononnya beragama Islam itu tidak layak untuk menjadi ikon kepada rakyat Malaysia yang agama rasminya Islam, lantaran dia tidak menunaikan ibadah Islam seperti solat, puasa dan lain-lain ibadah sebagaimana umat yang lainnya. Malah, terang-terangan dia mengakui bahawa dia hanya pernah melakukan solat sekali seumur hidupnya yang bertujuan memohon kepada Allah agar tidak mengambil nyawa ibunya sewaktu ibunya nazak. Selepas ibunya meninggal dunia, Allah tidak lagi diingati. Ini menunjukkan pegangannya yang longgar terhadap agama Allah.
Seseorang yang fasik tidak sepatutnya dijulang tinggi pada mata masyarakat supaya tidak menjadi ikutan songsang remaja zaman kini.
Sebagaimana firman Allah dalam surah As-Sajdah yang berbunyi:
“Dan adapun bagi orang-orang yang fasik, mereka akan ditempatkan di neraka, setiap kali mereka ingin keluar, mereka akan dikembalikan ke dalam neraka. Maka dikatakan pada mereka ‘Rasakanlah azab yang dahulu kamu dustakan’.”
Pimpinan Negara dan Majlis Raja-raja harus menegur perbuatan Yang diPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob supaya lebih rasional dalam memberi anugerah Darjah Mulia Seri Melaka kepada individu yang betul-betul berhak menerimanya. Darjah keempat tertinggi dalam negeri itu seharusnya diberikan kepada rakyat Melaka yang lebih banyak menyumbang jasanya dalam memajukan dan mendaulatkan negeri Melaka daripada memberinya kepada ikon hiburan yang melampau seperti SRK. Ini menunjukan kerajaan negeri Melaka meninggikan hiburan lebih daripada agama Islam itu sendiri.



Feel free to surf....
Feel Hard to leave...

1 comment:

  1. bile agaknye cikgu-cikgi n lecturer-lecturi nak dapat gelaran Datuk atas jasa diorang mendidik anak orang sampai sekolah 6 darjah, belajar 5 tingkat, universiti 4 tahun ek? :)

    ReplyDelete